Monday, June 23, 2014

Huraian Hutang Kerajaan

Hutang Kerajaan.

1.Ini sambungan daripada artikel ‘MALAYSIA AKAN BANKRAP KERANA HUTANG?’. Mungkin ramai pihak tidak berapa faham dengan konsep Debt to GDP ratio, debt dalam konsep ini bermakna hutang kerajaan (tidak termasuk hutang isi rumah), manakala GDP bermaksud jumlah nilai produk dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam Malaysia.

2. Sebuah kerajaan perlu membiayai perkhidmatan awam dan projek kerajaan, cara termudah ialah melalui liabiliti atau hutang. Melihat comment p...
ihak pembangkang, ramai antara mereka tidak berapa faham subjek finance atau kewangan. Sebuah syarikat atau kerajaan memerlukan dana untuk berkhidmat kepada rakyat contohnya membina dan urustadbir sekolah atau mengurus syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

3. Antara contoh termudah ialah projek MRT, kerajaan terpaksa membelanjakan RM36billion (Star,2011) supaya penduduk Lembah Klang tidak perlu melalui kesesakan lalu lintas yang teruk pada masa hadapan. Bagaimana kerajaan ingin membiayai projek sebesar ini? MRT Corp sebuah syarikat berkaitan kerajaan telah menerbitkan bon sukuk bernilai RM8billion setakat ini. Sukuk ialah satu contoh hutang apabila MRT keluarkan bon ini, pembeli bon akan mendapat satu ‘perjanjian’ bahawa MRT akan bayar balik pinjaman itu tambah dengan dividen. Projek ini akan meningkatkan hutang kerajaan, tetapi jika kerajaan tidak laksanakannya maka Lembah Klang akan mengalami kerugian kerana rakyat membazir masa dalam kesesalan lalu lintas dimana mereka boleh bekerja atau belajar di institusi pendidikan. Antara cara lain pembiayaan ialah pinjaman bank atau collateral (pajak gadai).

4. Ramai pihak pembangkang mempunyai fikiran hutang ini akan menjual negara kepada Ah Long, sebenarnya semua syarikat atau kerajaan mempunyai hutang. Jika sebuah syarikat tiada hutang, maka ia tidak boleh beroperasi dan kebiasannya syarikat akan membuat pinjaman bank atau keluarkan bon. Cara lain termasuk senaraikan pemilikan syarikat ke dalam pasaran saham, tetapi sebuah kerajaan tidak boleh laksanakan cara itu.

5. Ada beberapa pertanyaan di ruang comment tentang bagaimana kerajaan ingin mengurangkan hutang negara. Antara proses termudah ialah mengurangkan perbelanjaan, tetapi kerajaan pimpinan DS Najib Razak seakan ingin Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi secepat mungkin, jadi kerajaan telah melancarkan beberapa projek mega yang memerlukan lebih banyak dana contohnya Tun Razak Exchange (RM20billion) ,LRT extension (RM7billion),Wilayah Iskandar,Wilayah Ekonomi Koridor Utara dan banyak lagi, jadi hutang negara akan terus meningkat.

6.Cara ke-2 seperti saya tulis di ruang comment ialah dengan penswastaan. Jika kerajaan menjual MRT Corp kepada syarikat swasta, maka syarikat itu akan berhutang untuk menjayakan projek MRT. Banyak negara barat yang mengamalkan sistem pasaran bebas menggunakan kaedah ini, tetapi kesan negatifnya MRT yang baru siap akan mempunyai harga tiket yang lebih mahal kerana sebuah syarikat mahukan keuntungan. Boleh lihat perbezaan antara harga tiket tren swasta ERL berbanding tren KTM yang milik kerajaan. Syarikat berkaitan kerajaan seperti MAS dan KTM juga rugi beratus juta setiap tahun, jadi kerajaan terpaksa membelanja lebih agar syarikat seperti ini tidak istihar muflis.

7. Apa pihak pembangkang terutamanya penyokong PAS tidak faham, tanpa modal sebuah projek tidak boleh berjalan, Kerajaan PAS Kelantan cuba lancarkan projek lebuhraya Kota Bahru ke Kuala Krai dengan mendapatkan modal dari sumbangan. Ternyata kaedah itu gagal kerana mereka tidak mampu membiayai projek bernilai RM130 juta sahaja.

8. Antara projek yang amat menguntungkan kerajaan ialah KLCC, walaupun ramai pihak kata ia satu pembaziran atau negara akan muflis, ia ternyata Tun Dr Mahathir tidak membuat kesilapan kerana dengan modal RM5billion untuk membina projek itu, sekarang KLCC Property mendapat keuntungan RM1.032billion dan asset RM14.108billion.(2013). Itu tidak termasuk keuntungan daripada pelancongan, peningkatan aktiviti ekonomi di segi tiga emas dan keuntungan kedai di KLCC.

9.Secara kesimpulan, hutang tidak mengancam masa depan negara jika kerajaan mampu membiayai balik dan jika hutang itu digunakan untuk pelaburan yang mendatangkan keuntungan. Negara muflis seperti Greece adalah kerana mereka hutang berbillion untuk projek Olimpik 2000 dimana mereka belanja besar membina stadium yang selepas Olimpik tamat ia tidak digunakan. Jadi Olimpik 2000 ialah satu projek merugikan negara sehingga mereka tidak mampu membayar balik pinjaman. Kerajaan Malaysia juga perlu berhati-hati dengan hutang kerana beberapa projek yang tidak menguntungkan patut dihentikan, dan entah kenapa kerajaan mempunyai terlalu banyak agensi sehingga ia menjadi‘redundant’. Saya tidak faham kenapa kerajaan perlukan Pemandu dan Economic Planning Unit dimana objektif mereka hampir sama, kerajaan yang lebih kecil boleh jimatkan negara berbillion setahun.
 

No comments: