Monday, May 28, 2012

Makanan Tradisional Kaum Melayu

Hari ini saya nak share makanan tradisonal Kaum Melayu... Korang suka makanan yang mana.... 

Kalau tanya saya harus lah nasi lemak.... :)







Wednesday, May 23, 2012

Selsema Melanda Lagi

"beringat sebelum kena" kerana ayat ini aku selalu terlupa hendak beringat jadi bila sudah terkena barulah kalam kabut mencari ubat. 

Wednesday, May 16, 2012

Majlis Pelancaran CBK Motorsport ( First Kawasaki MX Worlds Store )

Tarikh 06 Mei 2012 bertempat dibangunan empat tingkat yang beralamat 
373, Batu 2 3/4 Jalan Ipoh,  Kuala Lumpur 
telah berlangsung suatu Majlis Pelancaran Bilik Pameran dan Kedai Alat Ganti bagi model Kawasaki. 



Majlis tersebut dilancarkan oleh CBK Motorsport dengan kerjasama Kawasaki Malaysia untuk memperkenalkan premis terbaru yang sudah diubahsuai untuk menjalankan aktiviti perniagaan seperti pengedar, bengkel baik-pulih, aksesori dan keperluan lain untuk motosikal berjenama Kawasaki Motocross.

Majlis tersebut dirasmikan oleh pengasasnya Mr. Chew Boon Keam a.k.a. Ah Loo dan Mr. Jeffrey Lim, General Manager Kawasaki Motors Malaysia.

officialribbon cutting ceremony


Mr. Chew Boon Keam a.k.a. Ah Loo


 Mr. Jeffrey Lim



Kepada peminat Motocross yang berminat dan ingin tahu lebih lanjut sila hubungi +603 4042 8555 atau emailkan kepada cbkmotor@gmail.com

Malam Gala dan Preview Filem Hoore! Hoore!

Syukur Alhamdulillah sebab terpilih di antara blogger2 untuk menghadiri Malam Gala Filem Hoore Hoore....Terima kasih kepada Pihak Astro Shaw kerana memberi peluang keemasan ini.

Filem yang penuh dengan kisah dan tauladan. Dan membuatkan penonton asyik dengan lagu-lagu Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad. Dan tentunya filem ini kan memberi satu fenomena yang baru dan kelainan yang sangat mantap.

Pendek kata filem ini harus ditonton oleh semua rakyat Malaysia. 

5/5 bintang.... full mark.... so apa lagi?? sila terjah panggung yang berdekatan.

Info yang perlu tau tentang Filem ini :-

Pengarah Saw Teong Hin 

Terbitan Astro Shaw Sdn Bhd & Real Films Sdn Bhd 

Tarikh Tayangan 24 Mei 2012 

Klasifikasi U 

Pelakon Akim, Kilafairy, Nurfarah Nazirah, Harun Salim Bachik , Adibah Noor, Sahronizam Noor, Aznil Hj Nawawi, Fauziah Nawi, Nur Shazwana, Afi Faris, Shahila Shariff, Syafiqah Md. Jemey, Mohamad Nabil, Mohd Faiz 



Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad adalah insan seni yang begitu dekat di hati peminat beliau. Walaupun setelah 2 dekad pemergian beliau wajah, lagu, gaya persembahannya di pentas masih menjadi ingatan. Justeru, bagi memperingati dan menghargai perjalanan insan seni yang banyak berjasa pada industri muzik tanah air, penghibur yang sukar dicari ganti, Astro Shaw Sdn Bhd dan Real Films Sdn Bhd memberi penghormatan khas buat Penghibur No.1 Asia ini dengan menghasilkan sebuah filem muzikal yang menggunakan rangkaian lagu-lagu popular beliau. Kesemua lagu ini mendapat sentuhan semula oleh komposer Audi Mok. Antara lagu yang dipilih adalah Salam Terakhir, Milik Siapakah Gadis Ini, Kasih, Ayah dan Ibu, Hoore Hoore dan Pelangi Petang. 

Filem muzikal ini mengisahkan seorang wanita Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi hati baik. Namun begitu, ciri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan. Mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia, dan ayahnya bernama Hairil. Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah dan tinggal bersama mereka. 

Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari, seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang cantik dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid. 

Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Idola yang dianjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pertandingan itu, pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang dingin akan niatnya itu. Filem ini dijangkakan bakal menemui penonton pada 24 Mei 2012.



Monday, May 14, 2012

Sidang Media Khas Saiful Apek Esok


Panas semakin panas. Pelawak Saiful Apek bersama artis dan krew filem akan mengadakan satu sidang media khas pada Selasa (esok) bagi mendedahkan sikap tidak bertanggungjawab sebuah syarikat produksi yang dikatakan telah menganiaya mereka.

Bintang Paling Popular

WAJAH PENCULIK-PENCULIK NAYATI…SILA SEBARKAN

Satu kejadian culik telah berlaku pada 27/04/2012 jam lebih kurang 7.30 pagi di kawasan mount kiara kuala lumpur. Mangsa seorang pelajar berumur 12 tahun telah diculik oleh dua lelaki cina menaiki kereta jenis proton gen2.

Zizan lebih menitikberatkan kesihatan

Pelakon dan pelawak, Zizan Abdul Razak atau Zizan (Raja Lawak) baru terfikir dia tidak seharusnya terlalu kuat bekerja sehingga menyebabkan dirinya jatuh sakit.

Zizan berkata, kejadian dia dimasukkan ke hospital akibat keradangan pada otot baru-baru ini telah menyedarkan dirinya tentang kepentingan menjaga kesihatan.

Preview Man Sewel Datang KL

Tiba masanya untuk saya review filem yang saya tengok minggu lepas. Walaupun entry ini sedikit lambat berbanding blogger2 otai yang sangat cergas update blog.

Sinopsis Filem Man Sewel Datang KL

Man Sewel Datang KL adalah filem yang mengisahkan seorang lelaki yang mempunyai karakter sewel (gila-gila) berasal dari kampung, Osman (Shuib Sepah) seorang anak tauke kelapa sawit yang tinggal bersama ibunya (Rosnah Mat Aris). Osman yang juga di kenali sebagai Man Sewel di kampungnya, berhajat mahu pergi ke Kuala Lumpur kerana ingin mengetahui bagaimana keadaan Kuala Lumpur yang selama ini hanya mampu dia melihat di television sahaja.

Remy Ishak Tidak Bimbang Kecederaan Di Dahi



PETALING JAYA: Aktor Remy Ishak berkata dia tidak berasa bimbang atau mengambil serius kecederaan di bahagian dahi yang dialaminya ketika penggambaran filem Bravo 5 pada malam Jumaat.