Monday, November 26, 2012

Kehamilan - Penantian (part 2)

Kehamilan sudah menjangkau 10minggu pada dua minggu lepas jadi aku membawa isteriku ke Klinik Kesihatan Kelana Jaya untuk membuat Buku Pink.
Tetapi hanya isteriku sahaja yang menghadapi semua itu seorang diri kerana aku terpaksa bekerja.
Selapas aku pulang kerja isteriku menceritakan apa yang terjadi di klinik pada hari tersebut.
Pelbagai pemeriksaan yang dilakukan keatas isteriku bagi memastikan kandungan sempurna dan tiada masalah kepada ibu.
Alhamdulillah semuanya sempurna.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Penantian - Kehamilan (part 3)

Syukur Alhamdulilah... Penantian setelah setahun berkahwin akhirnya isteriku hamil. Kehamilan pertama buat kami sekeluarga.
Bagi post ini kandungan sudah 12minggu. Jadi macam2 ragam yang aku dan isteri alami akibat kehamilan ini.
Orang tua-tua berkata kalau isteri mengandung suami juga akan mengalami pembawa budak. Mula-mula susah untuk percaya jadi bila isteri mengandung, aku jugak mengalaminya juga.
Banyak juga perkara dan perbuatan yang aku alami ini berbeza dengan apa yang terjadi sebelum-sebelum ini. Contoh je tau : malas: dulu aku rajin jugak la dalam semua hal tapi lepas isteri mengandung aku rasa malas tahap teruk kadang2 sampai xmau bergerak nk buat pape langsung.
Apa-apa yang berlaku aku sedaya upaya menjaga isteri dan bakal anak aku dengan sebaik yang mungkin......
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kesalahan Jati Diri

Apa yang kita paham tentang Kesalahan Jati Diri ? Aku sendiri tidak paham tetapi yang aku mengerti kesalahan tentang diri sendiri.
Cuba tenangkan hati dan lapangkan minda untuk sejenak. Fikir sejenak apa kesalahan yang kita buat kepada orang lain. Jawapannya tiada. Kenapa ini berlaku? Ini kerana kita tidak pernah untuk ambil tahu apa kesalahan yang kita buat kepada orang lain. Cuba kita bertanya kepada sahabat atau rakan karib tentang personaliti dan kelakuan kita kepada mereka. Meraka tidak akan berkata apa-apa tentang perkara itu kerana mereka menerima diri kita dengan seadanya.
Bagi mereka apa yang kita buat adalah biasa sahaja sedangkan mereka juga merasai kesalahan kita terhadap mereka. Kenapa? Mereka tidak mahu kerana mereka jujur mereka akan kehilangan seorang sahabat or rakan karib.
Itulah kesalahan pertama kita. Kita merasakan diri kita sempurna sedangkan orang lain makan hati dengan kita tetapi tidak mahu untuk menegur.
Bagi aku biarlah kita jujur dengan sesiapa pun dan aku sendiri perlu fikir apa yang sudah aku lakukan itu adakah yang terbaik untuk orang lain. Berfikir sebelum bertindak atau bercakap...
Dunia ini pinjaman sahaja maka berfikir dulu untuk melakukan apa-apa sahaja.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, November 6, 2012

Kehamilan - Penantian (part 1)

Sepertimana dijanjikan aku ingin menceritakan perjalanan aktiviti kehamilan isteriku. Kadang-kadang macam yang kita dengar untuk menjadi nasihat demi sesuatu kebaikkan. Jadi jika tidak yakin hendaklah bertanya pada yang pakar untuk kepastian.
Aku sendiri pun tidak sangka atas Anugerah yang Maha Kuasa berikan padaku. Syukur selepas penantian selama ini selepas pelbagai dugaan yang kami sekeluarga tempuhi.
Untuk permulaan aku pilih Puswari Kota Damansara untuk buat pemeriksaan. Pengalaman pertama jd banyak juga yang terjadi maka aku jadikan semua itu sebagai pengalaman pertamaku.