Wednesday, April 30, 2014

Mutu Perkhidmatan Perodua Rawang

(30/4/2014)
Ini cerita dan kejadian menimpa penulis pada bulan Januari 2014 lalu. Kisahnya bermula dengan kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan menghala Kuala Lumpur. Penulis menelefon pihak perodua atas kemalangan tersebut. Ringkasan sahaja yang penulis nak buat.
Jadi kereta penulis dihantar ke Perodua (Perodua Service Centre-Rawang) @ Rawang Intergrated Industrial Park untuk baikpulih.

Mungkin keadaan kereta agak teruk so penulis terima je la hakikatnya dengan tempoh yang agak lama yang disarankan oleh P.I.C keta penulis.
Sebulan berlalu, penulis berharap berpuas hati dengan keadaan kereta kerana tempoh yg lama tersebut.

Model kereta jenis S-Series tetapi keadaan luar seperti 1st model plak. Ok la tu bleh terima cikit tapi frust juga la... selang beberapa bulan cat kereta pulak tertanggal cikit-cikit ditempat yang ganti tu. Yela dah la lama tunggu macam nie je hasilnya? patut la kata ada waranti selama 3bulan. bek ko cakap je waranti 5tahun sebab dah tau korang buat kije cincai-cincai je. Cakap semua ok semua puas hati tapi hasilnya selepas beberapa bulan?

Moral of story cakap biar sama dengan perbuatan. Kalu nak hantar balik kena tanggalkan kereta lagi, itupun dah berapa hari pulak kan. Macam buang masa je aku tunggu lama-lama.
Mlas nak tulis dah sebab bengang pasai PIC cakap tp haram tak sama pun apa yg dia cakap.

bersambung....

Saturday, April 19, 2014

Setelah 3 Tahun




Motor Honda Wave penulis mulai meragam setelah 3tahun diperantauan.
Pelbagai ragam dan dugaan selama menaikkinya mengharungi jalan-jalan di kota raya.
Mekanik cuba sedaya upaya untuk menghidupkan enjin semula.

Walaupun kedai ini agak menyampah melayan benda remeh temeh tp bagi penulis mereka tetap buat kerja sampai siap. Lokasi kedai di Jalan Travers dan nama kedai Syarikat International Motors.

Wednesday, April 16, 2014

Tanda-Tanda Demam Denggi

nyamuk aedes

Tanda-Tanda Bahaya Apabila Anda Demam:

• Kerap muntah
• Sakit perut
• Pening atau rasa gelisah
• Kurang selera makan dan minum
• Pucat, rasa sejuk bila kulit disentuh
• Sesak nafas dan sakit dada berterusan
• Pening apabila berdiri atau kurang membuang air kecil
• Berkelakuan pelik, keliru, kurang sedar atau sawan
• Pendarahan
- tanda tompok merah pada kulit
- pendarahan hidung dan gusi
- muntah darah
- najis berwarna hitam
- haid yang banyak atau pendarahan dari faraj
- batuk berdarah atau kahak bercampur darah


fogging

Panduan Penjagaan Pesakit Denggi Di Rumah:

Apa yang perlu anda lakukan?

• Banyak berehat
• Banyakkan minum cecair seperti susu, jus buah-buahan, minuman isotonik dan air barli (minum melebihi 5gelas). Minum air kosong sahaja tidak mencukupi
• Makan ubat demam seperti paracetamol mengikut arahan doktor
• Basahkan atau lapkan badan bagi mengurangkan suhu badan
• Jika boleh gunakan kelambu atau ubat nyamuk untuk mengelak gigitan nyamuk
• Cari dan musnahkan tempat-tempat pembiakan jentik-jentik.

Apa yang perlu anda elakkan?

• jangan ambil ubat tahan sakit seperti aspirin, mefenamic acid ( ponstan) atau steroid
• Tidak perlu mengambil antibiotik



Peringtan:

Jika terdapat tanda-tanda seperti diatas anda perlu segera ke klinik kesihatan atau hospital yang berhampiran anda bagi mengelak kejadian yang tidak di ingini berlaku.



P/s: penulis sudah merasai keadaan apabila terkena demam denggi... penat, sakit, ambil darah, sakit semua sendi-sendi dan pelbagai lagi sakit apabila tahap denggi semakin teruk... keadaan dalam icu memang teruk apabila mcm2 wayer masuk dlm badan utk moniter keadaan kita setiap masa.... jadi kesimpulanya hapuskan nyamuk aedes dikawasan anda.