Monday, May 14, 2012

Sidang Media Khas Saiful Apek Esok


Panas semakin panas. Pelawak Saiful Apek bersama artis dan krew filem akan mengadakan satu sidang media khas pada Selasa (esok) bagi mendedahkan sikap tidak bertanggungjawab sebuah syarikat produksi yang dikatakan telah menganiaya mereka.





Sidang media pada jam 3 petang ini akan dibuat di sebuah restoran di Subang Avenue, Subang Jaya. Sebelum ini Apek ada mengeluarkan kenyataan tidak puas hatinya terhadap syarikat produksi itu.

Gitu-Gitu Production memberitahu, dalam sidang media itu nanti Apek dan mereka yang terlibat akan mengumpul petisyen terhadap syarikat berkenaan.


“Saya berharap pihak media dapat hadir untuk menjawab beberapa isu termasuklah mengumpul petisyen daripada pekerja belakang tabir, artis dan krew yang pernah mempunyai masalah atau teraniaya oleh sebuah syarikat produksi.”

Sudah2 lah tu... cepat2 selesaikan ok

SUMBER

No comments: