Monday, June 23, 2014

BAGAIMANA BOLA SEPAK JEPUN BOLEH MAJU?

BAGAIMANA BOLA SEPAK JEPUN BOLEH MAJU?

SILA BACA DAN SEBARKAN ARTIKEL INI

1. Semenjak Piala Dunia 1998, pasukan Jepun telah berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia bagi 5 edisi berturut-turut, dengan edisi terbaru ini sedang berlangsung di Brazil. Prestasi Jepun setakat ini dalam Piala Dunia 2014 nampak kurang memberangsangkan, namun sebagai sebuah negara Asia, kebangkitan Jepun sebagai sebuah kuasa bola sepak berlaku dengan kadar yang pantas. Apakah rahsia mereka?

2. Jika ...dilihat kepada sejarah dan budaya negara Matahari Terbit ini, bola sepak bukanlah sukan nombor 1 mereka, kebanyakan rakyat mereka pada peringkat awal tidak mengambil tahu langsung mengenai sukan ini. Bermula tahun 1965, Japan Soccer League (JSL) telah dimulakan dan pada masa itu pasukan yang bertanding hanyalah pasukan daripada syarikat-syarikat Jepun seperti Toyota, Honda dan lain-lain lagi. Kemudian pada tahun 1968, Jepun telah memaenangi pingat gangsa dalam Sukan Olimpik di Mexico. Kemenangan ini dijangka dapat menaikkan populariti sukan itu di Jepun, namun perkara sebaliknya berlaku. Rakyat tidak menunjukkan reaksi positif dan sukan bola sepak di Jepun terus tenggelam.

3. Semuanya bermula pada bulan March tahun 1988. Persatuan Bola Sepak Jepun ataupun JFA telah mengadakan mesyuarat dan mengambil keputusan untuk melakukan rombakan dasar secara drastik dan merangka program pembangunan besar-besaran bagi sukan bola sepak Jepun. Hasilnya pada tahun 1991, J League telah menggantikan JSL yang tidak lagi efektif sebagai liga rasmi bola sepak Jepun. Saat ini merupakan turning point kepada nasib bola sepak Jepun.

4. Kick off bagi J League ini diadakan pada tahun 1993 di mana tahun yang sama Jepun melakukan bidaan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2002, dan mereka berjaya menjadi tuan rumah bersama Korea Selatan. Jepun menggalakkan pelaburan besar-besaran oleh kelab-kelab di J League. Setiap pasukan yang mahu beraksi di J League diwajibkan mempunyai skuad u18,u15,skuad junior dan klinik bola sepak mereka sendiri. "One hundred year vision" (tag line: "A Future Worth Building, Though It Takes 100 Years") diguna pakai sebagai misi bagi negara Jepun untuk sukan bola sepak. Pelaburan ini berjaya menarik pemain seperti Zico dan Gary Lineker dan perkara ini berjaya menyuntik minat rakyat Jepun terhadap sukan bola sepak.Objektif pertama Jepun tercapai : Berjaya menarik minat rakyat terhadap sukan ini.

5. Kemudian, selari dengan kenaikan taraf J League, program pembangunan bola sepak juga rancak dilakukan oleh JFA dan kerajaan Jepun. Mereka membelanjakan sejumlah besar wang untuk pembangunan youth academy, kejurulatihan dan scouting. Satu network telah disediakan di seluruh Jepun dan sekolah awam dan swasta diberi tanggungjawab untuk melatih pelajar yang berpotensi menjadi pemain bola sepak. Dan program pembangunan ini telah berjaya membekalkan pemain tempatan Jepun yang berkualiti seperti Honda Keisuke, KAgawa Shinji, Hidetoshi Nakata dan lain-lain lagi. Objektif kedua Jepun tercapai : Menyediakan program dan infrastruktur untuk memajukan bola sepak mereka.

6. Tidak kurang pentingnya, satu anime bertajuk Captain Tsubasa juga telah dicipta untuk mewujudkan ikon hero bola sepak kepada kanak-kanak Jepun. Ya, kartun dan ikon seperti ini sangat efektif dan berkesan untuk menanam minat dan memberi motivasi kepada anak-anak muda. Anime ini telah berjaya memberi inspirasi kepada bukan sahaja warga muda Jepun, bahkan pemain-pemain terkenal seperti Zidane, Messi, Del Piero dan ramai lagi. Jadi, program dan plan asas telahpun dimulakan pada awal tahun 90an dan bagi JFA, tiada lagi istilah pandang ke belakang dan berpatah balik bagi mereka pada masa itu.

7. Hasilnya, Jepun telah berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia genap 8 tahun selepas program besar mereka dilaksanakan. Sekiranya kamu tanya rakyat Jepun yang meminati bola sepak, mereka pasti mengetahui stadium Johor Bahru kerana di stadium itulah Jepun berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia untuk pertama kali selepas mengalahkan Iran di Johor Bahru 3-2 yang masih diingati kebanyakan rakyat Jepun sebagai "joy of Johor Bahru". Dan semenjak 1998, Jepun tidak pernah gagal melayakkan diri ke Piala Dunia. Dan sebagai tambahan kepada kejayaan mereka, team bola sepak wanita Jepun telah berjaya memenangi World Cup 2011 mengalahkan US walaupun target awal JFA dengan program yang mereka laksanakan ialah untuk memenangi World Cup wanita selepas tahun 2020. Jadi, mereka awal 9 tahun dari plan asal. Satu bonus bagi usaha mereka.

8. Sains sukan di Jepun juga sangat berkembang pesat. Universiti-universiti di Jepun telah diberikan geran untuk mengadakan penyelidikan mengenai sains sukan, bukan hanya pada bola sepak, namun pada sukan lain juga. Ya, Jepun sangat menitik beratkan penyelidikan di peringkat Universiti bukan sahaja mengenai industri dan teknologi, bahkan pada sains sukan juga. Untuk pengetahuan anda, penyelidikan yang dilakukan di Universiti-universiti di Jepun adalah 10 hingga 20 tahun lebih maju daripada research yang dilakukan di Malaysia. Kebanyakan daripada teknologi maju Jepun adalah hasil kolaborasi dari research universiti dan syarikat2 gergasi mereka sperti Toyota, Sony, Honda dan lain2 lagi. Objektif ketiga JFA Jepun tercapai : Menggunakan teknologi dan kepintaran mereka untuk menguasai bola sepak dari segi sains.

9. Bagaimana dengan FAM dan bola sepak Malaysia? Kita kenal bola sepak jauh lebih awal daripada negara Jepun ini, namun kualiti dan prestasi kita masih jauh lagi tertinggal di belakang. Bagi admin yang menetap dan bekerja di Jepun sekarang, tidak mustahil bagi kita untuk melayakkan diri ke Piala Dunia sekiranya FAM dan Kementerian Belia dan Sukan betul2 melaksanakan program pembangunan dengan telus dan efektif. Masalah kita sekarang ini ialah orang di atas sana hanya nak panaskan kerusi pengurusan dan jawatankuasa sahaja tanpa benar2 memikir ke hadapan untuk menaikkan kualiti bola sepak kita. Kita mahu lihat improvement, biar sedikit, asalkan ada improvement dari semasa ke semasa. Tapi, melihatkan kualiti bola sepak kita bagi 10 tahun kebelakangan ini, turun naik dan tidak konsisten. Mungkin kita boleh belajar dari JFA Jepun. Apa pula pendapat pembaca semua?
 

No comments: