Apa yang kita paham tentang Kesalahan Jati Diri ? Aku sendiri tidak paham tetapi yang aku mengerti kesalahan tentang diri sendiri.
Cuba tenangkan hati dan lapangkan minda untuk sejenak. Fikir sejenak apa kesalahan yang kita buat kepada orang lain. Jawapannya tiada. Kenapa ini berlaku? Ini kerana kita tidak pernah untuk ambil tahu apa kesalahan yang kita buat kepada orang lain. Cuba kita bertanya kepada sahabat atau rakan karib tentang personaliti dan kelakuan kita kepada mereka. Meraka tidak akan berkata apa-apa tentang perkara itu kerana mereka menerima diri kita dengan seadanya.
Bagi mereka apa yang kita buat adalah biasa sahaja sedangkan mereka juga merasai kesalahan kita terhadap mereka. Kenapa? Mereka tidak mahu kerana mereka jujur mereka akan kehilangan seorang sahabat or rakan karib.
Itulah kesalahan pertama kita. Kita merasakan diri kita sempurna sedangkan orang lain makan hati dengan kita tetapi tidak mahu untuk menegur.
Bagi aku biarlah kita jujur dengan sesiapa pun dan aku sendiri perlu fikir apa yang sudah aku lakukan itu adakah yang terbaik untuk orang lain. Berfikir sebelum bertindak atau bercakap...
Dunia ini pinjaman sahaja maka berfikir dulu untuk melakukan apa-apa sahaja.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment