Kehamilan sudah menjangkau 10minggu pada dua minggu lepas jadi aku membawa isteriku ke Klinik Kesihatan Kelana Jaya untuk membuat Buku Pink.
Tetapi hanya isteriku sahaja yang menghadapi semua itu seorang diri kerana aku terpaksa bekerja.
Selapas aku pulang kerja isteriku menceritakan apa yang terjadi di klinik pada hari tersebut.
Pelbagai pemeriksaan yang dilakukan keatas isteriku bagi memastikan kandungan sempurna dan tiada masalah kepada ibu.
Alhamdulillah semuanya sempurna.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment