Panduan Pemakanan Untuk Ibu anjuran Unit Pemakanan PKD Petaling.
Apakah itu anemia?
keadaan apabila badan kekurangan darah dimana paras hemoglobin ibu kurang daripada 11gm%.
Paras Hemoglobin (Hb)
|
Status anemia
|
Hb kurang 9 gm%
|
Anemia teruk
|
Hb antara 9% - 10.9%
|
Anemia sederhana
|
Hb 11% dan keatas
|
normal
|
Punca anemia terjadi:
- kurang pengambilan makanan yang tinggi zat besi, asid folik dan vitamin B12.
- Kerap makan makanan yang menghalang penyerapan zat besi seperti teh, kopi dan produk soya.
- Kerap mengandung (kurang dari 2tahun)
- Kehamilan kembar.
- Tanda-tanda anemia:
- Pucat
- Letih, lesu dan tidak bermaya
- Kerap pening kepala
- Mudah pitam
KESAN ANEMIA KEPADA IBU
|
KESAN ANEMIA KEPADA BAYI DL M KANDUNGAN
|
Keguguran
|
Kurang berat lahir
(<2.5kg)
|
Bersalin awal
|
Lahir tidak cukup bulan
|
Tumpah darah selepas bersalin
|
Pertumbuhan bayi terbantut
|
Kematian janin dalam kandungan
|
Anak lemas semasa lahir
|
Panduan pemakanan |
Panduan Pemakanan Untuk Mencegah Anemia:
- Mengamalkan diet yang seimbang mengikut piramid makanan.
- Mengambil makanan dari sumber haiwan yang kaya dengan zat besi contohnya:
kerang,hati ayam, lala, ikan bilis, tiram, daging lembu.
- Pilih sayur yang tinggi dengan zat besi seperti:
pegaga, ulam raja, bayam merah, kangkung, pucuk paku, peria.
- Tingkatkan pengambilan vitamin C untuk membantu meninggikan kadar penyerapan zat besi;
makan buah setiap kali selepas makan tengahari dan malam.
- Masak sayur-sayuran bersama perencah yang tinggi zat besi seperti:
sotong, udang, bebola ikan, ikan bilis, kek ikan, ayam, daging.
- Kawal pengambilan makanan yang menghalang penyerapan zat besi seperti:
Jenis Makanan
|
Bahan Perencat Penyerapan Zat Besi
|
Oat dan gandum bijiran penuh
|
Fitat
|
The, kopi, koko
|
Polifenol dan tannin
|
Susu dan hasil tenusu
|
Kalsium
|
Kuning telur
|
fosvitin
|
*pengambilan makanan penghalang ini boleh diambil 2jam selepas waktu makan utama
*elakkan meminum kopi dan teh ketika waktu hidangan utama seperti makan tengahari dan malam.
- Ambil makanan yang kaya dengan asid folik seperti kacang pic, kacang tanah, kacang parang dang jagung.
- Mengamalkan pengambilan HEMATINIK:
Ibu hamil dibekalkan dengan pil suplemen yang terdiri daripada zat
besi, asid folik, vitamin C dan vitamin B kompleks.
|
Ambil pil suplemen ini dengan air kosong atau air buah
|
Elakkan mengambil pil-pil ini bersama teh atau kopi
|
Kesan sampingan pengambilan pil-pil ini:
-mual-mual
-sembelit
-najis bertukar warna menjadi hitam
|
*jangan panik sekiranya najis bertukar menjadi hitam ini menandakkan bahawa pil suplemen telah diserap dengan baik.
No comments:
Post a Comment