Tuesday, January 12, 2016

Gulai Ikan Temenung Mat Speaker


Gulai Ikan Temenung Mat Speaker adalah gulai yang terbaik masakan utara untuk dinikmati ramai. Menu ini antara yang diminati oleh masyarakat sekitar Tikam Batu. 
 Jika anda berada di sekitar Sungai Petani anda boleh pergi ke Tikam Batu dan kedai ini terletak berhadapan dengan Pejabat Pos Malaysia Tikam Batu melalui jalan ke Batu Lintang. 


 Harga makanan boleh dikatakan agak munasabah berbanding dengan kedai lain. Bagi yang sudah biasa persekitaran kedai agak biasa tidak seperti kedai-kedai nasi kandar yang nampak ala-ala mewah. 
 Ikan temenung adalah ikan segar dari nelayan Kuala Mudah Kedah yang berlabuh dijeti pada waktu petang harinya. Keenakan isi ikan memang manis ditambah pula dengan kuah gulai ramuan tersendiri.


Antara menu kegemaran orang ramai adalah gulai ikan temenung, gulai daging, ayam masak merah, sambal belacan dan lain-lain lagi hidangan yang sedap. 
 Jika berminat untuk merasai masakan ala kampung boleh datang setiap hari bermula jam 5petang sehingga jam 11.30 malam. Tutup pada hari sabtu sahaja dan waktu kecemasan.


 Jangan malu untuk bertandang ke kedai makan ini....




No comments: