Wednesday, April 16, 2014

Tanda-Tanda Demam Denggi

nyamuk aedes

Tanda-Tanda Bahaya Apabila Anda Demam:

• Kerap muntah
• Sakit perut
• Pening atau rasa gelisah
• Kurang selera makan dan minum
• Pucat, rasa sejuk bila kulit disentuh
• Sesak nafas dan sakit dada berterusan
• Pening apabila berdiri atau kurang membuang air kecil
• Berkelakuan pelik, keliru, kurang sedar atau sawan
• Pendarahan
- tanda tompok merah pada kulit
- pendarahan hidung dan gusi
- muntah darah
- najis berwarna hitam
- haid yang banyak atau pendarahan dari faraj
- batuk berdarah atau kahak bercampur darah


fogging

Panduan Penjagaan Pesakit Denggi Di Rumah:

Apa yang perlu anda lakukan?

• Banyak berehat
• Banyakkan minum cecair seperti susu, jus buah-buahan, minuman isotonik dan air barli (minum melebihi 5gelas). Minum air kosong sahaja tidak mencukupi
• Makan ubat demam seperti paracetamol mengikut arahan doktor
• Basahkan atau lapkan badan bagi mengurangkan suhu badan
• Jika boleh gunakan kelambu atau ubat nyamuk untuk mengelak gigitan nyamuk
• Cari dan musnahkan tempat-tempat pembiakan jentik-jentik.

Apa yang perlu anda elakkan?

• jangan ambil ubat tahan sakit seperti aspirin, mefenamic acid ( ponstan) atau steroid
• Tidak perlu mengambil antibiotik



Peringtan:

Jika terdapat tanda-tanda seperti diatas anda perlu segera ke klinik kesihatan atau hospital yang berhampiran anda bagi mengelak kejadian yang tidak di ingini berlaku.



P/s: penulis sudah merasai keadaan apabila terkena demam denggi... penat, sakit, ambil darah, sakit semua sendi-sendi dan pelbagai lagi sakit apabila tahap denggi semakin teruk... keadaan dalam icu memang teruk apabila mcm2 wayer masuk dlm badan utk moniter keadaan kita setiap masa.... jadi kesimpulanya hapuskan nyamuk aedes dikawasan anda.

No comments: