Saturday, April 14, 2012

Mancini beri Balotteli amaran keras


PENGENDALI Manchester City, Roberto Mancini yang semakin kurang yakin dengan prestasi Balotelli, mula memberi amaran keras kepada pemain itu agar mengubah tingkah lakunya sekiranya masih berhasrat untuk terus kekal bersama kelab tersebut.

Ini berikutan prestasi buruk penyerang dari Itali itu sejak berpindah dari Inter Milan dua tahun lalu sehingga mengecewakan semua pihak terutama Mancini.

Balotteli dilayangkan kad merah pada perlawanan menentang Arsenal, Ahad lalu dan menimbulkan perasaan marah Mancini, sehingga membawa kepada ‘amaran’ kemungkinan akan menjual Balotelli pada musim panas ini.

Bagaimanapun, Mancini berharap pemain itu akan berubah demi masa depannya di Manchester City.

“Jika dia mahu kekal, dia harus berubah kerana beliau seorang pemain yang hebat. Namun, perubahan itu penting, kalau tidak prestasinya akan jatuh,” kata Mancini.

Manchester City telah menandatangani perjanjian bersama Balotelli pada Ogos 2010.

Balotelli yang telah menjaringkan 17 gol dalam 31 perlawanan musim ini dan tidak akan bermain baki enam perlawanan yang menyusul.

SUMBER

No comments: