BOLEH dikatakan semua orang mahir dengan skrin multi sentuh yang membenarkan pengguna membuat beberapa tugasan hanya menggunakan jari pada skrin telefon pintar dan tablet.
Kini Microsoft cuba membawa teknologi berkenaan kepada komputer meja dengan tambahan Perceptive Pixel.
Skrin multi sentuh membenarkan pengguna membuat lebih daripada satu hubungan dan menggunakan ciri seperti 'mencubit' bagi membuatkan objek lebih besar atau kecil.
Perceptive Pixel adalah pengasas kepada penggunaan teknologi berkenaan pada skrin lebih besar termasuk Multi-Touch Collaboration Wall.
Pada 2008 teknologi berkenaan telah digunakan oleh rangkaian televisyen CNN semasa pilihan raya Amerika Syarikat (AS).
Jabatan Pertahanan AS serta organisasi kerajaan lain menggunakan teknologi Perceptive untuk memanipulasi maklumat di skrin besar.
Perceptive Pixel telah dilancarkan pada 2006 oleh penyelidik dari Universiti New York, Jeff Han yang mempamerkan kerjanya semasa persidangan TED.
Pada 2008, Han yang keluarganya datang ke AS dari Korea pada 1970an telah dipilih oleh TIME antara 100 orang paling berpengaruh di dunia.
Setahun kemudian, syarikat berkenaan memenangi anugerah reka bentuk kebangsaan daripada Smithsonian.
Microsoft dijangka mengumumkan Windows 8, versi sistem operasi baru dalam beberapa bulan akan datang.
Ia sesuai bagi komputer meja dan komputer tablet dan skrin multi sentuh.
Perceptive Pixel akan membantu Microsoft membawa teknologi berkenaan melebihi peralatan mudah alih dan ke dalam industri kecil dan sederhana di mana Microsoft bukan saja mengukuhkan kedudukan tetapi juga menghadapi pelbagai persaingan.
Pengurus Besar Perniagaan Komunikasi Microsoft, Giovanni Mezgec berkata Perceptive Pixel membawa arah baru dalam membawa teknologi kepada bilik mesyuarat dan bilik lembaga pengarah.
Teknologi Perceptive Pixel akan berintegrasi dengan Microsoft Office di mana ia akan bekerjasama dengan aplikasi seperti perisian PowerPoint.
Mezgec berkata pihak korporat bersedia untuk bekerja dengan aplikasi bisnes pada antara muka yang lebih besar.
Microsoft berkata rakan pakar perkakasannya akan membangunkan komputer berasaskan sistem operasi Windows 8 yang boleh menggunakan teknologi Perceptive Pixel.
Senario berkenaan menunjukkan industri komputer bergerak melangkaui papan kekunci dan tetikus sebagai antara muka yang mengawal komputer sebelum ini.
Pengguna yang biasa menaip teks dan mengawal persembahan menggunakan papan kekunci dan tetikus kini boleh menggunakan jari bagi memaparkan maklumat.
Microsoft telah mula menggunakan skrin multi touch sejak 2007 dengan Pixel Sense satu platform yang membenarkan pengguna mengakses dan berkongsi kandungan menggunakan gerakan multi sentuh pada komputer dengan kedudukan horizontal.
Pixel Sense adalah mahal tetapi kejayaan multi sentuh Apple pada iPhone dan iPad memaksa Microsoft memberikan penekanan kepada peralatan dengan skrin sentuh.
Perceptive Pixel juga bakal mencipta peluang pasaran bagi Microsoft dan Apple yang belum lagi menjual skrin multi sentuh yang besar bagi perniagaan.
Microsoft semakin agresif dengan meletakkan masa depan sekitar Windows 8 dan membawa pengalaman skrin bermula lapan inci sehingga 80 inci. - Sumber
No comments:
Post a Comment