Thursday, July 5, 2012

Kampung Style Buka Puasa At Abdul & Charlie's ( Mines Wellness Hotel)

Bulan Ramadhan kembali lagi dan mengingatkan tentang juadah berbuka puasa. Masa untuk mengimbau masakan ala kampung yamg mempunyai cara yang tersendiri dalam menyediakannya dari hidangan utama sehinggalah ke pencuci mulut.



Pada Ramadhan ini Chef Saiful dari Abdul & Charlie's menyediakan lebih dari 100 hidangan dari pelbagai negeri yang ada di Malaysia. Hidangan istimewa chef adalah Gulai Kawah Kari Kepala Kambing dengan Perut. 



Yang lebih menarik terdapat juga ulam-ulaman yang selalu terdapat di kampung dan pelbagai sos seperti cencaluk, sambal tempoyak, sambal geasek juga tidak lupa kepada Bubur Lambok.
Pencuci mulut yang digemari oleh semua orang seperti buah melaka, pulut inti, tempeyek, tapai pulut tapai ubi, dan banyak lagi.







Kawasan untuk berbuka puasa dikelilingi oleh kaswasan seperti berada di kampung yang nyaman dan kehijauan untuk mengibau kembali suasana di kampung.



Hidangan bufet pada harga Rm80++ untuk dewasa dan Rm45++ untuk kanak-kanak dari umur 5tahun-11tahun.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi +603-89436688 ext 1122 atau lawati www.facebook.com/MinesWellnessHotel dan www.mineswellnesshotel.com.my



1 comment:

Bunga Bunga Cinta said...

sedapkan makanannya....