Monday, May 14, 2012

Preview Man Sewel Datang KL

Tiba masanya untuk saya review filem yang saya tengok minggu lepas. Walaupun entry ini sedikit lambat berbanding blogger2 otai yang sangat cergas update blog.

Sinopsis Filem Man Sewel Datang KL

Man Sewel Datang KL adalah filem yang mengisahkan seorang lelaki yang mempunyai karakter sewel (gila-gila) berasal dari kampung, Osman (Shuib Sepah) seorang anak tauke kelapa sawit yang tinggal bersama ibunya (Rosnah Mat Aris). Osman yang juga di kenali sebagai Man Sewel di kampungnya, berhajat mahu pergi ke Kuala Lumpur kerana ingin mengetahui bagaimana keadaan Kuala Lumpur yang selama ini hanya mampu dia melihat di television sahaja.



Suatu hari Man Sewel menyampaikan hajatnya untuk ke KL kepada ibunya atas alasan mahu bercuti untuk melihat KL yang sebenarnya. Ibunya bersetuju dengan hajat Man Sewel tersebut dengan syarat Man perlu bawa pulang bakal isteri ke rumah selepas itu. Kawan sekampungnya, Salim (Razali Hussain) mengajak Man Sewel menetap di rumahnya, dan berjanji akan membawa Man Sewel bersiar-siar di Kuala Lumpur demi menyampaikan hajat Man selama ini. Melalui Salim, Man berkenalan dengan Nadia (Julia Ziegler) kononnya seorang model sehingga Man sanggup melupakan kekasih hatinya Siti Khatijah (Fida Ibrahim) di kampung.

Pendapat saya :

cerita ini menyajikan kita tentang kita perkara2 yang biasa berada di depan mata kita... benda2 yang biasa dalam kehidupan kita. Contohnya orang tak suka perempuan gemuk dan sebagainya. Cerita ini pada saya terlalu ringan dan penuh dengan lawak yang membuatkan satu panggung ketawa.


1 comment:

KakiWayang.com said...

Jom baca review di website KakiWayang.com : Filem Man Sewel Datang KL