Syukur Alhamdulillah sebab terpilih di antara blogger2 untuk menghadiri Malam Gala Filem Hoore Hoore....Terima kasih kepada Pihak Astro Shaw kerana memberi peluang keemasan ini.
Filem yang penuh dengan kisah dan tauladan. Dan membuatkan penonton asyik dengan lagu-lagu Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad. Dan tentunya filem ini kan memberi satu fenomena yang baru dan kelainan yang sangat mantap.
Pendek kata filem ini harus ditonton oleh semua rakyat Malaysia.
5/5 bintang.... full mark.... so apa lagi?? sila terjah panggung yang berdekatan.
Info yang perlu tau tentang Filem ini :-
Pengarah Saw Teong Hin
Terbitan Astro Shaw Sdn Bhd & Real Films Sdn Bhd
Tarikh Tayangan 24 Mei 2012
Klasifikasi U
Pelakon Akim, Kilafairy, Nurfarah Nazirah, Harun Salim Bachik , Adibah Noor, Sahronizam Noor, Aznil Hj Nawawi, Fauziah Nawi, Nur Shazwana, Afi Faris, Shahila Shariff, Syafiqah Md. Jemey, Mohamad Nabil, Mohd Faiz
Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad adalah insan seni yang begitu dekat di hati peminat beliau. Walaupun setelah 2 dekad pemergian beliau wajah, lagu, gaya persembahannya di pentas masih menjadi ingatan. Justeru, bagi memperingati dan menghargai perjalanan insan seni yang banyak berjasa pada industri muzik tanah air, penghibur yang sukar dicari ganti, Astro Shaw Sdn Bhd dan Real Films Sdn Bhd memberi penghormatan khas buat Penghibur No.1 Asia ini dengan menghasilkan sebuah filem muzikal yang menggunakan rangkaian lagu-lagu popular beliau. Kesemua lagu ini mendapat sentuhan semula oleh komposer Audi Mok. Antara lagu yang dipilih adalah Salam Terakhir, Milik Siapakah Gadis Ini, Kasih, Ayah dan Ibu, Hoore Hoore dan Pelangi Petang.
Filem muzikal ini mengisahkan seorang wanita Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi hati baik. Namun begitu, ciri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan. Mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia, dan ayahnya bernama Hairil. Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah dan tinggal bersama mereka.
Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari, seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang cantik dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid.
Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Idola yang dianjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pertandingan itu, pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang dingin akan niatnya itu. Filem ini dijangkakan bakal menemui penonton pada 24 Mei 2012.
No comments:
Post a Comment